(Komuniti) Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2020

17 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 September 2020 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2020 yang bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran JKKK Kampung Semop dan komuniti Kampung Semop. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Kamri bin Haron, Ketua Kaum Kampung Semop, Cik Rosita binti Jahari, Kaunselor Kampung Semop, Encik Suhaili bin Jeludin, Pengerusi Masjid Darul Al-Amin dan Ketua-ketua Komuniti Kampung Semop.

Program ini telah disertai lebih 200 orang penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang mendaftar sebagai pengunjung nama bertuah. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan:
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program:
• Kehadiran Pengunjung / Penduduk Kampung
• Gerai Jualan & Usahawan Kampung Semop
• Pendaftaran Nama Pengunjung (Cek Suhu Badan)
• Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
• Ucapan Perasmian daripada Ketua Kaum Kpg Semop, Tuan Kamri bin Haron
• Gimik Perasmian “Persembahan Pakaian
• Aktiviti Senamrobik dan Zumba Kampung Semop
• Perarakan Konvoi Kenderaan (dari Kpg Semop ke Kpg Saai)
• Pertandingan berlangsung pada sebelah pagi:
• Pertandingan Ratu & Raja Cilik Merdeka (Kategori Kanak2)
• Pertandingan Deklamasi Puisi Merdeka.
• Pertandingan berlangsung pada sebelah petang:
• Pertandingan Layang-Layang (Gegudi)
• Pertandingan Tarik Tali
• Pertandingan Guling Tong
• Pertandingan Parut Kelapa Tua
• Penyampaian Hadiah Pertandingan
• Majlis Tamat dan bersurai

Tahniah dan syabas semua yang menjayakan program kami dengan jayanya terutama penganjur program iaitu JKKK Kpg Semop. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memeriahkan lagi program ini. Moga kita berjumpa lagi untuk akan datang dengan aktiviti yang lebih banyak dan menarik. Oleh itu, yang penting kita kena jaga kebersihan, jaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali